Shamsulkahar Mohd Deli

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Berasal dari Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting dan bekas EXCO Pendidikan dan Kesihatan.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir dan SMK Za'aba sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam Diploma Pendidikan.Sebaik menamatkan pengajian di maktab perguruan itu, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Asian Institute of Management Science University of Newcastle Australia.Dilahirkan pada 1 Ogos 1961, beliau menetap di Taman Desa Permai, Serting Tengah telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Rashidah Ismail. Pasangan ini dikurniakan dua anak.Shamsulkahar sebelum bergiat aktif dalam dunia politik adalah seorang guru selama 11 tahun.Beliau pernah juga dilantik Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 1996 selama empat tahun, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Penerangan pada 2000 hingga 2002 dan seterusnya dilantik Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 2002 hingga 2004.Bukan itu sahaja, beliau diberi kepercayaan menjadi Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan selama empat tahun bermula 2004 hingga 2008.Pertama kali dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, beliau menang dengan mendapat undian 7,618 menentang Somingon Nasir dari Pakatan Rakyat yang mendapat 3,240 undi.Kemudian PRU seterusnya, iaitu PRU13 dan PRU14, beliau terus mengekalkan kemenangan di DUN Serting.Pada PRU14, Shamsulkahar daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 9,782 undian ketika menentang Abd Rahman Ramli daripada partiPakatan Harapan yang mendapat 6,014 undi. Majoriti undi sebanyak 3,768.Kerjaya:Pendidikan:1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14